Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Roti Canai Lembut

Resepi Roti Canai Lembut


Bahan-bahannya ialah:

(**)1 kg tepung gandum
(**)750ml air
(**)1 biji telur
(**)1 sudu garam
(**)1 sudu besar mentega / marjerin
(**)5 sudu besar tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik , tambahkan sedikit tepung gandum ni )

Cara membuatnya ialah:

(**)1.Masukkan tepung gandum , telur , mentega dan garam secukup rasa kedalam bekas , kemudian kacau hingga sebati.

(**)2.Masukkan air  kedalam bahan yang dikacau sebati.

(**)3.Uli hingga jadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit.

(**)4.Uli lagi selama 6 – 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali – uli dan rehatkan doh )

(**)5.Uli sehingga doh menjadi kenyal dan tak melekat.( jgn risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan kalau ianya masih lembik lagi selepas proses kedua , uli dan rehat , tambah sedikit tepung (1/2 sudu besar ).

(**)6.Bentukkan menjadi bebola kepada 20 biji dan salut dengan margerin (perap selama 3 jam atau lebih).

(**)7.Ambil roti , nipiskan sebesar piring  dan tebar hingga menjadi nipis (utk mengelakkan koyak ,tangan mesti sentiasa berminyak ).

(**)9.Panaskan kuali  dgn api sederhana ,  letaklah sedikit minyak dan masak hingga perang. (sambil terbalikkan roti , hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti).

(**)10.Siap untuk dihidangkan.

(**)P/s: Jangan uli terlalu kenyal doh nya, boleh menyebabkan roti susah untuk ditebar dan keras.Roti Canai Lembut boleh juga dimakan bersama kari ikan atau kuah dal.


Back To Top