Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Puding Susu Pandan

Resepi Puding Susu Pandan

puding susu pandan

Resepi Puding Susu Pandan

Bahan-Bahan:

600 ml air
120 gram gula pasir
8 gram serbuk agar agar
3 helai daun pandan
300 ml susu segar
200 ml santan
beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

Cara Membuat:

1. Satukan serbuk agar-agar, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.

2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan-lahan.

3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.

4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki sebanyak separuh bekas.

5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .
6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk.

Tips: Sementara menunggu adunan pandan/hijau beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati. Setelah adunan hijau beku, bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan hijau.


Back To Top