Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Biskut Denmark

Resepi Biskut Denmark


Bahan-Bahannya ialah:

(**)2 cawan gula (saya guna 1½ cwn)
(**)1½ cawan butter
(**)3 cawan tepung jagung
(**)2½ cawan tepung gandum
(**)Vanilla
(**)2 biji merah telur

Icing:

(**)2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk (saya beli readymade aje)
(**)2 bungkus gula icing
(**)4 camb serbuk koko
(**)Air panas.

(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah, buat ringkas aje dengan mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk)

Caranya ialah:

(**)Adunkan butter + gula hingga berkrim ·
(**)Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati ·
(**)Masukkan esen vanilla dan kacau sebati ·
(**)Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut ·
(**)Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.
(**)- bakar dan sejukkan.
(**)- celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk


Back To Top