Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Biskut Croquant

Resepi Biskut Croquant


Bahan-bahannya ialah:

(**)110g mentega
(**)25g gula kastor
(**)20g tepung jagung
(**)1 biji telur kuning
(**)160g tepung gandum

Bahan hiasan

(**)kuning telur
(**)croquant (campuran gula, kacang hazel cincang dan badam cincang)


Cara Penyediaannya ialah:

(**)1. Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang.

(**)2. Setelah kembang, masukkan tepung jagung dan kuning telur. Kacau hingga sebati.

(**)3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga membentuk doh.

(**)4. Canai adunan setebal 1cm. Cetak mengikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah digris dengan mentega atau minyak masak.

(**)5. Sapukan kuning telur pada permukaan biskut dan taburi croquant.

(**)6. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.

(**)7. Setelah masak, boleh dihidangkan panas-panas atau biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.




Back To Top