Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Biskut Bunga Cina

Resepi Biskut Bunga Cina


Bahan-bahannya ialah ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

(**)100gm mentega/marjerin
(**)90gm gula caster/halus
(**)1 biji telur (A)
(**)2 cawan tepung jagung
(**)1 cawan tepung ubi/kanji
(**)ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara membuatnya ialah

(**)1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
(**)2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
(**)3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
(**)4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
(**)5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
(**)6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
(**)7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai).
(**)8. Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..


Back To Top