Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Bihun Goreng Siam Cili Padi

Resepi Bihun Goreng Siam Cili Padi


Bahan-Bahannya ialah:

(**)300gm bihun – direndam lebih kurang 1/2 – 1 jam
(**)2 labu bawang besar – dikisar
(**)4 ulas bawang putih – dikisar
(**)15 batang cili padi – dikisar (kalau nak lebih pedas sila tambah cili padi)
(**)3 sudu makan udang kering (rendam sebentar) – dikisar
(**)15 ekor udang sederhana besar – dibuang misai dan ekornya yang tajam cuci bersih dan toskan
(**)2 pohon sawi – dipotong
(**)1 batang lobak merah di hiris batang mancis
(**)1 sudu makan serbuk ayam pasti sedap knorr
(**)3 sudu makan sos tiram
(**)1 sudu makan gula
(**)garam (ikut rasa)
(**)1- 1 1/2 cawan air
(**)sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasaknya ialah:

(**)1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang diblender bawang, cili padi, udang kering hingga agak garing dan berbau wangi.

(**)2. Masukkan air dan bahan-bahan perasa, biarkan mendidih sebentar. Bila dah mendidih masukkan lobak merah serta batang sawi, masukkan bihun dan balikkan hingga rata.

(**)3. Perasakan dengan garam kalau kurang tambah sedikit lagi, balik-balikkan hingga bihun agak kering dan boleh matikan api.

(**)3. Hidangkan dengan hiaskan bersama bawang goreng dan daun bawang/sup hiris dan tomato hiris.


Back To Top