Akibat tayar kereta pecah dan hilang kawalan, Yatt Hamzah telah mengalami kemalangan dan keadaan kereta juga turut rosak teruk ketika dalam perjalanan pulang daripada Temerloh menghala ke Kuala Lumpur.
BACA: Suami Yatt Hamzah Tidak Terkesan Digelar Orang Ketiga
Saya bersama adik ipar dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim. Kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak apabila secara tiba-tiba tayar kereta saya pecah dan saya hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali dan kemudian melanggar pembahagi jalan, ujarnya kepada mStar Online.
Yatt menjelaskan, dia kini terkejut dengan kemalangan tersebut. Apa lebih penting, mereka bertiga kini berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Alhamdulillah saya dan yang lain selamat. Namun saya masih lagi terkejut dan trauma dengan kejadian itu, ujarnya yang telah melaporkan mengenai kemalangan tersebut di Balai Polis Karak. (rtky/s)
SUMBER
mstar online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih