Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap melampaui batas apabila`memutarbelit penghakiman kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah yang maut akibat terkena tembakan seorang anggota polis enam tahun lepas demi keuntungan politik.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa kononnya Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam penghakiman kes itu telah membangkitkan perkara yang menunjukkan Malaysia amat memerlukan reformasi institusi.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membangkitkan beberapa perkara yang membuktikan Malaysia amat memerlukan reformasi institusi termasuk Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGPSO) yang menyatakan keadaan di mana seseorang anggota polis dibenarkan melepaskan tembakan perlu diperjelaskan dan disemak semula, dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dakwaan Presiden PKR itu bercanggah dengan maksud penghakiman Ahmad Zaidi seperti dilaporkan agensi berita Bernama bahawa anggota polis yang menembak Aminulrasyid sebenarnya telah bertindak berlebihan, cuai dan melulu serta melanggar IGPSO apabila melepaskan tembakan.
Dalam keadaan jalan yang lengang antara 1 dan 2 pagi, di kawasan perumahan, dalam keadaan Aminulrasyid cuba lari dari polis dan tiada tembakan balas. Dalam keadaan ini, saya berpendapat defendan pertama bertindak berlebihan, cuai dan melulu serta melanggar IGPSO apabila melepaskan tembakan, kata Ahmad Zaidi seperti dilaporkan Bernama.
BACA JUGA:Lepas Jaja Nama Nik Aziz, Guan Eng Perguna Kes Aminulrasyid
Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut dilihat mengambil kesempatan daripada keputusan kes Aminulrasyid untuk menyelamatkan kedudukannya yang sedang berhadapan dengan isu rasuah membabitkan pembelian banglo di bawah harga pasaran di Pulau Pinang. MYNEWSHUB.CC
Komen
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih