Contact Us

Name

Email *

Message *

Takziah Yatt Hamzah Terlibat Nahas Jalan Raya

Takziah Yatt Hamzah Terlibat Nahas Jalan Raya

yataahs.jpg.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Pelakon Yatt Hamzah bersyukur diberi peluang kedua untuk hidup selepas kenderaan yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, dekat sini, petang semalam. Yatt memberitahu BH Online, dia masih trauma selepas kemalangan yang menyebabkan kereta jenis Kia Optima K5 miliknya, rosak teruk pada bahagian depan akibat terlanggar pembahagi jalan. “Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup. “Saya tidak mengalami kecederaan malah adik ipar dan pembantu peribadi semuanya selamat. Namun, kami masih trauma,” katanya. Menceritakan insiden cemas itu, Yatt mengaku ketika kejadian kereta yang dipandunya itu laju. “Secara tiba-tiba tayar kereta saya pecah. Saya hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali, kemudian melanggar pembahagi jalan. “Kami bergegas keluar dari kereta dan mencari tempat berlindung dalam keadaan terketar-ketar. Jika dilihat keadaan kereta yang rosak teruk, ramai tidak percaya kami masih hidup malah tidak cedera,” katanya. Yatt yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Institut Kefahaman Islam Malay Tambah Yatt, rakan terdekat dan anggota keluarga tidak putus-putus menelefon untuk bertanya keadaan dirinya.

Sumber : Berita Harian

Sumber: beritapsiko

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih




Back To Top