Contact Us

Name

Email *

Message *

Perhimpunan Tertutup Satu Onar Anggota UMNO Dilarang Hadir

Perhimpunan Tertutup Satu Onar Anggota UMNO Dilarang Hadir

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

PUTRAJAYA Anggota UMNO dilarang menyertai perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam petang ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata perhimpunan itu lebih merupakan satu onar untuk meruntuhkan sesebuah institusi demi mencapai matlamat peribadi individu tertentu.

Kita tak benarkan anggota UMNO untuk pergi ke program ini sebab saya ingat ia onar, iaitu oleh kerana dia tak capai sesuatu, dia nak runtuhkan sesuatu institusi untuk capai matlamat orang tertentu.

Sekarang mereka cakap program itu bukan untuk (runtuhkan) UMNO tetapi mereka mungkin lupa selama 70 tahun ini siapa yang mentadbir negara bukankah Perikatan dan Barisan Nasional dan tulang belakangnya adalah UMNO, katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Sukan UMNO peringkat Putrajaya di sini hari ini, antara lain menampilkan acara bola sepak, futsal, bola tampar, bola jaring, dam dan tarik tali.

Ditanya bentuk tindakan terhadap anggota UMNO yang menghadiri perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata perkara itu akan diteliti tetapi sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi UMNO sedia melepaskan mereka yang tidak lagi berminat untuk terus bersama parti dan kepimpinan sedia ada.

Kita tak suka ada dalam parti ini anai-anai, gunting dalam lipatan kalau dah tak setuju, buka parti lain, keluar daripada UMNOlah, dan kita tahu bagaimana nak jaga UMNO, katanya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata Karnival Sukan UMNO yang telah dan akan dilaksanakan di semua bahagian UMNO seluruh negara bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ketua bahagian, ketua-ketua cawangan dan anggota parti di peringkat akar umbi.

Beliau berkata sebagai sebuah parti politik, pihaknya sedar kewujudan sebilangan anggota yang tidak bersetuju atau tidak sehaluan dengan ketua bahagian, ketua cawangan dan parti sendiri dan ia perlu ditangani segera.

Kita harap program seperti Karnival Sukan ini mampu menjadi landasan dalam mengeratkan hubungan antara anggota parti selain dijadikan platform menepis persepsi negatif yang dikaitkan dengan UMNO kebelakangan ini, katanya. BERNAMA

Komen

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih




Back To Top