Sebuah pesawat EgyptAir penerbangan MS181 telah dirampas ketika dalam perjalanan dari Alexandria ke Cairo.
Laporan Bloomberg berkata, pesawat itu kini telah mendarat di lapangan terbang Larnaka, Cyprus.
Kejadian disahkan oleh syarikat penerbangan tersebut menerusi akaun Twitternya.
Menurut sumber kerajaan Mesir, pesawat itu dirampas oleh sekurang-kurannya seorang lelaki bersenjata.
Kenyataan media dari EgyptAir sendiri menyatakan terdapat 56 penumpang, 7 krew dan juga seorang anggota keselamatan EgyptAir di atas pesawat itu.
Sementara itu laporan dari FoxNews pula melaporkan, pegawai kerajaan Cyprus berkata terdapat lebih dari seorang perampas. Menurut pegawai itu juga, setakat ini belum ada tuntuan dari perampas itu selain dari mahu kenderaan polis beredar dari kawasan pesawat itu mendarat.
[Kemaskini]
3:47 pm :
Media tempatan Mesir memberitahu perampas dikenali dengan nama Ibrahim Samaha, 27.
3:37 pm :
Skynews memuat naik video penumpang-penumpang dilepaskan (LIHAT VIDEO DI SINI)
3:24 pm :
EgyptAir mengeluarkan kenyataan kesemua penumpang diatas pesawat dibebaskan kecuali krew dan 4 warga asing.
3:18 pm :
EgyptAir mengeluarkan kenyataan berikutan kejadian
3:11 pm :
Laporan dari Dailymail menyatakan, perampas mengugut untuk meletupkan bom.
3:09 pm :
Skynews melaporkan 20 penumpang dibenarkan keluar.
Sumber: vivamerah
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih