Contact Us

Name

Email *

Message *

Jalan Tar Ini 22 Tahun Hilang Tapi Kini Muncul Kembali

Jalan Tar Ini 22 Tahun Hilang Tapi Kini Muncul Kembali

Jalan Tar Ini 22 Tahun Hilang Tapi Kini Muncul Kembali ((4 Gambar))

Padang Besar: Sebuah Jalan lama yang pernah ‘hilang’ dan sudah pun dilupakan oleh penduduk kampung selama 22 tahun selepas ditenggelami air akibat pembinaan sebuah empangan telah muncul kembali selepas air tasik berkenaan mulai surut akibat cuaca panas melampau ketika ini.


Jalan yang dianggarkan sepanjang satu kilometer yang terletak di Kampung Sahabat, Tasoh itu telah menjadi jalan penghubung kampung berkenaan dengan batu 12 kira-kira 22 tahun dulu dan kini telah muncul kembali beberapa minggu lalu.


Memetik tulisan oleh saudaraMohd Shah Syahyang merupakan pengulas radio Perlis FM, beliau telah pergi melawat tempat berkenaan di mana jalan itu terakhir digunakan pada tahun 1994 iaitu dua tahun selepas Empangan Timah Tasoh yang terletak berhampiran kampung itu siap dibina.


Laporan Harian Metro Hari Ini


Beliau memuatnaik gambar dengan kapsyen berbunyi“Tengah-tengah empangan Timah Tasoh, 20 tahun baru timbul balik jalan ini, sebelum ini hanya nampak perahu dan bot sahaja(lalu kawasan itu),”tulisnya. – Siakapkeli.my

Sumber: norichmedia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih




Back To Top