Pasangan romantis, Jihan Muse dan pasangan Ungku Hariz yang selamat diijabkabul pada 20 Mac lalu, kini telah melangsungkan sebuah lagi majlis resepsi kedua bagi pihak lelaki.
Majlis yang diadakan di Menara Naza Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Shah Alam tampak berseri dengan rekaan hiasan yang dipenuhi dengan warna ungu sebagai tema majlis. Manakala bagi busana pengantin pula, Jihan dan suami lengkap berpakaian songket berwarna kuning.
BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Ungku Hariz, Jihan Muse
Majlis resepsi yang cukup indah itu turut dihadiri oleh barisan selebriti tanah air seperti Shila Amzah, Sharifah Sakinah, Nad Zainal, Zara Zya, Elfira Loy, Erra Fazira dan ramai lagi. Tidak lupa juga saudara mara dan teman rapat pasangan
Mereka yang telah menjalinkan hubungan cinta sejak 9 tahun lalu, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Mac lalu dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz. Pengantin perempuan telah menerima RM300 sebagai mas kahwin dan saling berbalas lima dulang hantaran.
Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi kedua perkahwinan Jihan Muse dan pasangan, Ungku Hariz. Enjoice! (rkty/w)
Gambar Ihsan: Project2pi
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih