Jika sebelum ini Emma Akma pernah berkongsi derita sehingga pernah terfikir untuk membunuh diri, bekas lelakinya, Omar Ramli, pernah menghubunginya untuk kembali rujuk namun pelakon tersebut mempunyai jawapan tersendiri terhadap hasrat lelaki yang pernah menyeksa jiwanya itu.
BACA: Emma Akma Hampir Bunuh Diri Kerana Bercerai
Sejak kami bercerai dia sentiasa menelefon dan menghantar mesej untuk memujuk saya kembali kepadanya kerana masih sayangkan saya. Dia juga ada menyatakan rasa kekesalan terhadap apa yang berlaku sebelum ini tetapi rasanya cukuplah apa yang terjadi sebelum ini, jelasnya kepada mStar Online.
Selain telah memaafkan lelaki tersebut dan tidak mahu berjumpa dengan bekas suaminya, Emma dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia kini masih trauma dengan kejadian tersebut serta berharap agar Omar dapat meneruskan kehidupan tanpanya.
Saya sudah reda dan maafkan segala perbuatannya kepada saya dan selebihnya itu di antara dia dengan Allah. Biarpun masih trauma dengan apa yang telah terjadi saya ambil keputusan untuk teruskan hidup dan berharap Omar juga dapat buat perkara sama, katanya. (rtky/s)
SUMBER
mstar online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih