KUCHING – Kanak-kanak berusia 8 tahun yang dilaporkan hilang kelmarin telah selamat kembali ke pangkuan keluarganya sebentar tadi.
Perkhabaran itu dikongsikan oleh Effa Farhana Shaimi melalui Facebooknya sejam yang lalu.
“Alhamdulillah, syukur ke atas Ilahi. Haiqal Hakimi selamat dihantar ke rumahnya di Taman Hussien,” katanya.
Effa mengesahkan bahawa maklumat yang diterima dari ahli keluarganya yang berada di Kuching itu adalah sah, selain dari berkongsikan gambar kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat ke mana anak saudaranya itu dibawa oleh dua suspek terbabit.
“Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang membantu tanpa mengira siapa pun anda. Kami tidak meminta perkara seperti ini berlaku. Moga menjadi pengajaran kepada semua,” katanya. – SUMBER
Sumber: vivamerah
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih