GEORGE TOWN Bimbang dengan banyak sangat kenyataan bodoh yang dikeluarkan bercanggah mengenai skandal banglo milik Lim Guan Eng, ahli-ahli DAP sendiri digesa tutup mulut daripada bercakap kepada media.
Ia susulan ada dilaporkan beberapa pemimpin DAP termasuk ADUN parti itu di Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan panas tidak menyokong tindakan Ketua Menteri negeri itu membeli rumah mewah pada harga murah.
Ada juga kenyataan keliru seperti dakwaan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Weik Aik bahawa Guan Eng cuma akauntan yang tidak tahu harga banglonya sekali gus mencetuskan persoalan kes sama dialami Khir Toyo, hanya doktor gigi.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada Ahad pula mencetuskan sensasi lebih kelakar apabila mendakwa nilai hartanah berkenaan terpaksa dijual rendah kerana konon mempunyai kaitan dengan fengshui yang tidak baik.
Ini menggambarkan kegagalan Guan Eng sendiri sebagai pemimpin kerana suatu masa dahulu beliau sering galak kutuk keras pentadbiran Kerajaan Persekutuan BN tidak pandai dalam pengurusan dan banyak penyelewengan.
Akhirnya ia ibarat memakan dirinya sendiri apabila Guan Eng yang memegang Pulau Pinang lebih lapan tahun tetap dilihat gagal didik dan mengawal ahli-ahlinya daripada terus-terusan mengeluarkan kenyataan bercanggah.
Arahan pelik dan lucu ini dikeluarkan sendiri oleh pegawai DAP Pulau Pinang menerusi satu pekeliling yang diedarkan pada Selasa danmeminta pemimpin parti untuk tidak mengadakan sebarang sidang media.
Ini termasuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu hartanah berkenaan yang membabitkan parti di negeri tersebut kecuali hanya tiga pemimpin diberi kuasa rasmi untuk mengeluarkan kenyataan media.
Mereka ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Pengerusi DAP Pulau Pinang dan anggota Exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow serta penasihat undang-undang DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Berdasarkan pekeliling itu, arahan tersebut bertujuan untuk mengelakkan keadaan bertambah mengelirukan dan bagi menentukan pemimpin mengulas mengenai apa yang patut dan tidak sepatutnya untuk diperkatakan.
Pekeliling cukup terdesak itu turut menyatakan bahawa ia bertujuan konon untuk mengelakkan sebarang pendedahan maklumat sensitif yang tidak disengajakan memandangkan isu-isu berkenaan adalah amat serius.
Pekeliling tersebut ditujukan kepada semua anggota Parlimen parti itu, ahli dewan undangan negeri (ADUN) parti tersebut serta ahli jawatankuasa negeri termasuk pemimpin sayap Wanita dan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy).
Ia turut memaklumkan bahawa serangan dilakukan secara terancang oleh pihak pembangkangnya sekali gus pekeliling tersebut meminta kerjasama penuh semua peringkat parti itu bagi menangani krisis yang berlaku.
Pekeliling berkenaan malah membuat kesimpulan dengan mengatakan konon bahawa: Kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat dalam mengendalikan isu-isu ini tetapi pada masa ini perpaduan adalah penting.
Guan Eng didakwa berjaya membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta, lebih rendah dari nilai pasaran.Pihak yang membuat dakwaan itu kemudiannya mendedahkan dokumen menerusi media sosial.
Mereka mendakwa wujudnya kaitan rapat antara pembelian banglo tersebut dan tanah kosong yang sepatutnya dimajukan untuk projek perumahan awam di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin yang mencetuskan kontroversi.
Guan Eng namun menafikan dakwaan itu dan memberitahu bahawa beliau akan memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.
Sejak isu berkenaan mencetuskan kontroversi lebih dua minggu lalu, banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin DAP dilihat bercanggah antara satu sama lain sehingga menjadi bahan jenaka oleh banyak pihak pula
Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Baca: Malang Rakyat Penang Dapat KM Jahil Matematik
Juga: Berani KJ Vs Penakut LGE Diterjah Soalan Cepumas
Lagi: Kantoi Skandal Banglo, Jaja Nama Arwah Nik Aziz
Dan: Malu Bodoh Harga Banglo Sendiri, LGE Kata Ini Salah UMNO
Komen
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih