Contact Us

Name

Email *

Message *

3 Benda Ini Jangan Ada Dalam Najis AndaAdakah ia menjijikkan Sudah tentu

3 Benda Ini Jangan Ada Dalam Najis AndaAdakah ia menjijikkan Sudah tentu

kayutoi.jpg


3 Benda Ini Jangan Ada Dalam Najis Anda

3 Benda ini Jangan Ada Dalam Najis Anda | Ramai yang mengatakan mereka berfikir dengan lebih baik apabila mereka berada di dalam tandas. Tetapi ada satu perkara yang mungkin anda tidak mahu fikir apabila anda melepas kandungan najis anda.

Adakah ia menjijikkan? Sudah tentu! Dan ianya sangat penting kerana kandungan najis mampu menunjukkan keadaan semasa kesihatan badan anda.

Jadi jangan sesekali terus menjirus atau pam najis anda, tanpa melihat sebentar kerana siapa tahu, ianya mampu menyelamatkan nyawa anda satu hari nanti?

3 Benda Ini Jangan Ada Dalam Najis Anda 1

Dan pastikan tidak ada 3 benda ini dalam najis anda, dan 3 benda ini juga petanda kesihatan dalaman anda sebenarnya.

1. LENDIR

Saluran pencernaan anda dipenuhi dengan lendir untuk membantu makanan bergerak lancar dalam usus. Jika anda merupakan seseorang yang membuang air besar dengan kerap (Irritable Bowel Syndrome), ianya normal jika najis anda mengandungi lendir
Bila perlu risau? : Jika anda tidak merasakan anda seseorang yang mempunyai irritable bowl syndrome, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor untuk ujian diagnosis. Sindrom ini menyebabkan beberapa gangguan dalam badan seperti sakit perut, kembung , gas , cirit-birit , dan sembelit , tetapi anda boleh menguruskannya dengan diet dan gaya hidup tweak.
Kebimbangan yang lebih besar adalah jika anda mendapati terdapat darah bersama-sama dengan lendir , yang boleh menunjukkan keradangan, jangkitan, atau ketumbuhan dalam rektum mahupun saluran pencernaan anda.

2. DARAH

Darah dalam najis biasanya berkaitan dengan penyakit buasir., iaitu gumpalan urat yang membengkak di dalam rektum atau dubur ketika anda membuang air besar. Namun, ianya mungkin juga berkaitan dengan keradangan.
Ubat seperti ibuprofen dan juga aspirin mampu menyebabkan pendarahan dalam saluran pencernaan anda. Jika keadaan ini terjadi, najis anda akan berwarna kehitam-hitaman.
Bila perlu risau? : Ianya jelas bahawa sebarang kehadiran darah di dalam najis perlu dirujuk kepada doktor. Doktor akan membuat keputusan sama ada perlu untuk melakukan ujian colonoscopy, sejenis ujian bagi memastikan kehadiran buasir, kancer usus, mahupun IBD.

3. CACING
Jika anda melihat najis anda mengandungi cacing berwarna putih, bersaiz kecil dan seakan akan benang, ia dikenali sebagai pinworms.
Jika cacing berekor panjang , berbadan rata, juga berwarna putih, ia dikenali sebagai tapeworms.
Anda berkemungkinan tinggi akan berasa gatal di bahagian dubur terutamanya waktu malam ketika cacing bertelur di sekitar dubur.
Bila perlu risau? : Jika anda mendapati ulat cacing berada di dalam najis anda, jangan risau! Pergi berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Rawatan yang akan diberikan adalah berbentuk antibiotik atau anti-parasit bergantung kepada jenis cacing.

Sumber: lipanbaraa

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih




Back To Top