Contact Us

Name

Email *

Message *

10 Teknologi Moden Yang Sudah Wujud di Zaman Purba

10 Teknologi Moden Yang Sudah Wujud di Zaman Purba

Screen%2BShot%2B2016-03-26%2Bat%2B10.28.

Kita kini berada dalam zaman inovasi saintifik, tetapi banyak teknologi moden sebenarnya sudah wujud di zaman purba.

Menerusi satu senarai yang dikongsikan oleh chanel Youtube Alltime10s, kami kongsikan dengan pembaca 10 teknologi moden yang sudah lama wujud berkurun-kurun lamanya.

10 – Penyembur Api (Flamethrower)

Secara rasminya, ‘Flamethrower’ telah dicipta oleh Richard Fielder pada 1901 sebagai senjata petroleum dan ia digunakan kali pertama pada perang dunia pertama.

_85331738_1.png

Namun, 1,300 tahun sebelumnya, empayar Byzantine sudah pun menggunakan satu senjata unik yang boleh ‘membakar air’, yang dikenali sebagai Greek Fire. Senjata itu digunakan untuk membakar kapal musuh.

hqdefault.jpg

9 – Pembedahan plastik

Pembedahan plastik moden diasaskan oleh Sir Harold Gillies pada 1917. Dia menggunakan pembedahan plastik untuk menyembuhkan muka Walter Yeo, yang menderita akibat cedera ketika perang dunia pertama.

Preparing-for-the-cometic-surgery.jpg

Namun, jika dijejaki semula, pembedahan plastik mula digunakan pada 3,000 BC. Orang mesir purba menggunakan teknologi itu untuk membina kembali hidung mereka yang dipotong hidung akibat kesalahan mencuri.

download.jpeg

8 – Mesin layan diri (Vending machine)

Mesin layan diri mula diperkenalkan pada lewat abad ke 19 untuk mengeluarkan poskad dan juga buku.

World%2527s%2BFair%2Bpostcard%2Bvending%

Namun teknologi mesin layand iri pernah digunakan pada 2,000 tahun lepas dimana seorang ahli fizik Greek membina satu mesin yang menerima duit untuk mengeluarkan ‘holy water’. Alat ini dibina supaya mereka yang membayar untuk mengambil air itu tidak mengambil lebih dari sukatan.

Screen%2BShot%2B2016-03-26%2Bat%2B10.04.

7 – Jam penggera

Kredit teknologi jam penggera biasanya diberikan kepada Levi Hutchins yang membuat satu jam yang boleh berbunyi setiap hari pada jam 4 pagi pada tahun 1787.

download.jpeg

Namun, pada 440 BC, Ahli falsafah Greece, Plato menggunakan jam air untuk mengejutkan dia sebelum ke kuliah.

download%2B%25281%2529.jpeg

6 – Pengesan gempa bumi

Pada 1897, saintis Filipina, Cecchi, telah mencipta seismograph untuk mengesan gempa bumi.

fig_19.gif

Namun teknologi untuk mengesan gempa bumi sudah mula digunakan hampir 2,000 tahun yang lalu. Pencipta dari China, Zahng Heng telah mencipta seismograph pertama pada 132 AD.

Alat Zhang telah berjaya mengesan gempa bumi sejauh 2,500 km dari wilayah Gansu selepas enam tahun ia dicipta. Jika berlaku gempa satu bola gangsa akan keluar dari mulut naga.

85926.jpg

5 – Pintu automatik

Pada 1954, usahawan Amerika Dee Horton dan Lew Hewitt telah mencipta pintu automatik untuk menyelesaikan masalah pintu (jenis bulatan) bergerak ketika cuaca berangin.

nventors-dee-horton-and-lew-hewitt-creat

Namun, pintu automatik pertama telah bejaya di cipta pada 50BC dimana Hero of Alexandria telah mencipta pintu atumatik untuk kuil. Apa yang menarik, untuk membuka pintu kuil tersebut, ugamawan hanya perlu menyalakan api di altar.

heron-from-spiegel.jpg

4 – Bateri

Sejarah bateri biasanya selalu dikaitkan dengan seorang saintis itali pada kurun ke 18, Luigi Galvani. Galvani mendapati bahawa apabila dua jenis dawai disentuhkan di kaki katak mati, kaki itu akan bergerak, menunjukkan kewujudan elektrik. Terinspirasi dari penemuan Galvani, ahli fizik Alessandro Volta mencipta bateri pertama pada 1799.

4539882209_30402b6269_b.jpg

Namun pada 1983, ahli arkeologi telah membuat penemuan satu tanah liat di Baghdad yang mengandungi silinder copper dan batang besi. Ahli arkeologi berpendapat ia adalah bateri dari tahun 200BC.

baghdadbattery2.jpg

3 – Komputer

Pada 1900, sebuah mesin berusia 2,000 tahun dikenali sebagai Antikythera telah ditemui di dalam satu bangkai kapal. Selama lebih 100 tahun, saintis tertanya-tanya apa kegunaan mesin komplek ini.

Hari ini, mesin tersebut diteorikan sebagai sebuah komputer analog yang dicipta oleh Greek purba untuk menentukan posisi astronomi, gerhana dan juga tarikh Olimpik.

antikythera_original.jpg

Mesin yang mempunyai kompleksiti yang berjaya dibuat pada 1834 oleh saintis Charles Babbage yang dikenali sebagai mesin komputer mekanikal pertama yang boleh mengira fungsi dalam matematik

Freefeast_charles.jpg

2 – ‘Death ray’

Pada 2007, tentera US mendedahkan senjatan Active Denial System. Senjata itu berupaya mengeluarkan pancaran zarah sepanas yang boleh menyebabkan target mencapai kepanasan sehingga 50 darjah celcius.

hqdefault.jpg


Namun pada 212 BC, ahli fizik, Archimedes telah pun mencipta Death ray. Dia menggunakan tembaga yang digilap dengan baik untuk memancarkan cahaya matahari kepada kapal musuh sehingga menyebabkan kapal-kapal itu terbakar.

Archimedes%2Bdeathray.jpg

Pada 2004, kumpulan Mythbusters cuba mencipta kembali alat yang dicipta oleh Archimedes namun tidak berjaya mencapai suhu 593 darjah celcius yang diperlukan untuk membakar kapal. Tapi setahun selepas itu, pengkaji di Universiti MIT berjaya membakar satu kapal kayu selepas 10 minit memantulkan cahaya matahari kepadanya.

1 – Robot

Robot autonomi elektronik yang pertama telah dicipta oleh William Grey Walter pada tahun 1948. Berbentuk seperti kura-kura, robot ini mampu mencari semula semula stesen pengecasan mereka apabila baterinya semakin berkurang.

one-of-inventor-dr-william-grey-walter-s

Namun kewujudan robot dapat di jejaki semula 2,000 tahun sebelum itu. Jurutera Greek, Hero of Alexandria mencipta satu mesin automatik berupaya membuat persembahan teater kepada penonton. Robot-robot ini boleh diprogramkan untuk membuat arahan-arahan tertentu. Apa yang menarik ia dikuasakan dengan kuasa stim.

HeroAutomat.jpg

Inginkan penjelasan lebih lanjut ? Tonton video ini : -Siakapkeli.my

Sumber: kertassputih

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih




Back To Top